Garis masa Tunjuk_perasaan_Kuala_Lumpur_2021

Sekretariat Solidariti Rakyat selaku badan penganjur merupakan sebuah pakatan para aktivis belia yang memfokuskan kepada gerakan menentang tampuk kerajaan Perikatan Nasional. Sebelum ini, Sekretariat pernah melakukan kempen-kempen antikerajaan seperti kibaran bendera hitam serta tagar #Lawan itu sendiri.[4] Pada 24 Julai, Sektretariat Solidariti Rakyat melakukan konvoi di beberapa tempat di seluruh Malaysia sebagai persediaan bagi acara tunjuk perasaan utama.[5]

Hari protes

Protes bermula pada sekitar 11 pagi di sekitar kawasan pusat Kuala Lumpur, terutamanya di sekitar Jalan Tun Perak (kawasan Masjid Jamek) serta tempat-tempat lain dengan kehadiran awal yang agak sedikit. Namun begitu, bilangan peserta mula meningkat hingga mencapai sekurang-kurangnya ratusan orang.[6] Aktiviti-aktiviti protes yang dilakukan termasuk laungan slogan antikerajaan serta pembawaan sepanduk dengan tulisan-tulisan antikerajaan.[7]

Kumpulan pemprotes kemudian berarak menuju Dataran Merdeka dengan harapan untuk melakukan protes di sana, tetapi dihalang oleh pihak polis atas dasar ketiadaan kebenaran berhimpun. Laluan-laluan ke Dataran Merdeka juga disekat oleh pihak polis untuk menghalang pergerakan.[8] Selepas protes, pihak Sekretariat mengeluarkan kenyataan rasmi yang memberi penghargaan kepada mereka yang hadir serta penegasan untuk terus berjuang.[3]

Rujukan

WikiPedia: Tunjuk_perasaan_Kuala_Lumpur_2021 https://www.astroawani.com/berita-malaysia/ini-buk... https://www.astroawani.com/berita-malaysia/pakar-p... https://www.astroawani.com/berita-malaysia/polis-a... https://www.astroawani.com/berita-malaysia/protes-... https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/... https://www.malaymail.com/news/malaysia/2021/07/24... https://www.malaymail.com/news/malaysia/2021/07/31... https://www.malaymail.com/news/malaysia/2021/07/31... https://www.malaysiakini.com/news/581420 https://www.straitstimes.com/asia/se-asia/proteste...